Rabu, 15 Januari 2014

PENYIMPANGAN AJARAN TAUHID DI DALAM AGAMA YAHUDI (7)

DOSA BANI ISRAEL MEMBUNUH DAN MENYIKSA
PARA RASUL

 Apabila bani Israil diselamatkan Allah swt oleh penghambaan Firaun pada zaman Nabi
Musa as dan Allah swt mengazab Firaun serta tentera-tenteranya dengan menenggelamkan
mereka ke dalam Laut Merah, Bani Israil kemudiannya merayau-rayau di Lembah Sinai buat
beberapa lama tanpa arah tujuan. Ia adalah hukuman Allah swt terhadap kedegilan Bani Israil
yang enggan meneruskan perjalanan ke tanah Kanaan dek takut untuk berhadapan dengan kaum-
kaum yang gagah di sana. Menurut riwayat, Bani Israil tetap merayau-rayau di gurun dan lembah
Sinai sehingga kesemuanya generasi yang keluar daripada Mesir bersama-sama Nabi Musa as
meninggal dunia.

Walaubagaimanapun, Allah swt tetap memberi rezeki kepada mereka. Gurun dan lembah
Sinai itu menjadi bukti turunnya rezeki Allah swt daripada syurga yang dikenali Manna dan
Salwa. Manna adalah makanan manis seumpama madu dan ia berwarna putih, manakala Salwa
adalah sejenis burung putih yang seakan-akan burung puyuh. Menurut lbnu Mundzir dan Ibnu
Abi Hatim bersumberkan Ibnu Abbas, beliau berkata bahwa Manna adalah suatu makanan
manis, berwarna putih yang mereka akan dapati tiap-tiap pagi telah melekat pada batu-batu dan
daun-daun kayu. Rasanya manis dan enak; semanis madu. Apabila makanan itu mereka makan,
mereka kenyang. Mereka boleh membawa keranjang setiap pagi untuk memungutinya.

Adapun Salwa ialah burung putih sebesar burung puyuh. Terbang berbondong-bondong
dan mudah mereka tangkap. Dagingnya gurih dan empuk. Nikmat Allah swt melalui Salwa ini
menyebabkan mereka tidak pernah kekurangan daging.

Bukan itu sahaja, selain nikmat Manna dan Salwa, Allah swt turut menaungi mereka
dengan awan supaya mereka tidak berasa bergitu panas di tengah-tengah gurun. Nikmat-nikmat
yang bukan tandingan ini diceritakan Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 57

Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu „manna. dan
„salwa.. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan
tidaklah mereka menganiaya Kami; akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka
sendiri.

 Nikmat yang diberikan kepada mereka rupa-rupanya mereka ingkari dan dustakan.
Bahkan mereka tidak pernah merasa bersyukur. Allah menceritakan bagaimana Bani Israil mula
mengeluh dengan nikmat Manna dan Salwa sehingga sanggup meminta yang bukan-bukan
kepada Nabi Allah Musa as. Ia diterangkan oleh Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 61,

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: “Hai Musa, kami tidak boleh sabar (tahan) dengan
satu macam makanan saja. Sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar Dia
mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu sayur-mayurnya, mentimunnya,
bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya”. Musa berkata: “Mahukah kamu
mengambil yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik? Pergilah kamu ke suatu kota, pasti
kamu memperoleh apa yang kamu minta”. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan
kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Hal itu (terjadi) karena mereka selalu
mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi yang memang tidak dibenarkan.
Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.


Degil Bani Israil

Seakan mengikut sikap buruk nenek-moyang mereka yang sering dustakan nikmat Allah
swt, generasi-generasi Bani Israil sesudah zaman Nabi Allah Musa as turut berperangai
sedemikian. Sejarah Bani Israil sering diwarnai dengan kisah penganiayaan mereka terhadap
Rasul dan Nabi yang diturunkan terhadap mereka. Ramai yang dibunuh malahan ada yang
diseksa dengan kejam. Sikap jelik mereka sebenarnya tidak asing kerana pada zaman kini pun
kita dapat lihat bagaimana mereka melayan warga Palestin sehingga ramai yang terbunuh.
Perangai mereka yang suka berbohong, khianat dan kejam sebenarnya adalah warisan nenek-
moyang mereka sejak zaman-berzaman.


Kisah penganiayaan Bani Israil terhadap para Rasul dan Nabi

Selepas Nabi Sulaiman wafat, kerajaan Bani Israil terbahagi kepada dua
iaitu Kerajaan Judah dan Kerajaan Israil. Kedua-dua kerajaan ini biarpun serumpun,
namun tetap berperang dan sering mengkhianati antara satu sama lain. Raja kerajaan
Judah, Raja Asa merasakan mereka perlu meminta bantuan daripada Raja Syria bagi
membantunya menghapuskan kerajaan Israil. Seorang Rasul yang diutuskan Allah swt di
tengah-tengah kekalutan dua kerajaan Bani Israil iaitu Nabi Hanani as telah menasihat
Raja Asa supaya tidak bersubahat dengan Raja Syria yang kafir dan tidak mempercayai
keesaan Allah swt. Perbuatan Nabi Hanani as rupa-rupa mengundang kemarahan sang
raja toghut ini. Nabi Hanani as telah dihumban ke penjara dan menderita kerananya.
.
Apabila Nabi Ilyas as menegur Bani Israil supaya tidak menyembah
berhala Baal, dan menyeru mereka supaya hanya memperhambakan diri kepada Allah
swt dan menyembah-Nya semata-mata, Bani Israil mula menjadi musuh ketatnya. Raja
Ahab dari Samaria mula mengugut untuk membunuh Nabi Ilyas as kerana terpengaruh
dengan isterinya, Jezebel yang menyembah berhala Baal. Kerana takut, baginda
melarikan diri ke kawasan pergunungan di Semenanjung Sinai. Semasa dalam kesusahan
dan ketakutan itu, Nabi Ilyas as berdoa,


“Aku sangat mencintai tuhan malaikat Jehovah, kerana Bani Israil telah meninggalkan
wadah-Mu, meruntuhkan tempat pemujaan-Mu, meruntuhkan tempat pemujaan-Mu, dan
membunuh para Nabi-Mu, dan aku, walaupun tinggal aku seorang sahaja yang tinggal, mereka
tetap memburuku untuk mengakhiri hayatku.”(1 Kings 19:1-10)

Raja Ahab memenjarakan seorang lagi Rasul iaitu Nabi Makayah as
kerana mengatakan sesuatu yang benar. Baginda memberitahu Raja Ahab bahawa
baginda akan dijamin kemenangan dalam satu peperangan namun akan meninggal dunia
dunia dalam peperangan tersebut. Namun, Nabi Makayah as terpaksa menelan pahit
apabila raja zalim daripada Kerajaan Israil ini memenjara baginda dan membiarkannya
terseksa dalam penjara. Kezaliman Raja Ahab akhirnya dibalas Allah swt apabila beliau
terbunuh dalam peperangan sepertimana yang diramal oleh Nabi Makayah as. Menurut
riwayat, mayat Raja Ahab dihina Allah swt apabila darahnya dijilat oleh anjing. Namun
ada riwayat menyatakan darahnya dijilat oleh seekor babi.
Pada zaman Raja Uziah sekitar pertengahan abad ke-8 sebelum masihi,
Kerajaan Judah berada dalam keadaan aman damai. Ini bertitik tolak akibat lemahnya
musuh ketat Kerajaan Judah iaitu Kerajaan Aram dan Assyria. Akan tetapi, situasi seperti
itu tidak bermakna Bani Israil tidak memerlukan seorang Rasul. Maka, dibangkitkan
seorang Rasul bernama Nabi Isaiah as. Nabi Isaiah as memperingatkan tentang peri-
pentingnya mengingati Allah swt dan mengelakkan daripada bersubahat dengan musuh
yang kafir. Sekitar 687 sebelum masihi, Kerajaan Judah diperintah oleh seorang raja yang
zalim dan kafir. Raja tersebut adalah Manasseh. Ketika itu, Nabi Isaiah as masih lagi
hidup. Baginda telah menasihat dan menyeru Raja Manasseh supaya kembali kepada
ajaran tauhid sepertimana yang telah dilakukan oleh bapanya, Hezekiah.
Walaubagaimanapun, seruan tersebut telah menyebabkan Nabi Isaiah as terbunuh. Jasad
Nabi Isaiah as dipercayai telah digergaji dua.

Apabila negeri Samaria dihancurkan oleh bangsa Assyria, bani Israil
masih bergelumang dengan dosa syirik mereka. Pada ketika itu, Bani Israil menjadikan
berhala Baal sebagai tuhan mereka sehingga mereka lupa setiap ajaran Nabi Musa as.
Maka, Allah swt utuskan seorang Rasul yang bernama Nabi Jeremiyyah as untuk
memandu mereka ke jalan yang lurus. Nabi Jeremiyyah as turut membawa ramalan
tentang kebinasaan Bani Israil yang dijajah oleh bangsa luar dan ditimpa kebuluran yang
dasyhat. Kesemua bala ini ditimpa Allah swt dek kerana mereka telah lupa akan perintah

Allah swt. Walaubagaimanapun, peranan Nabi Jeremiyyah as sebagai Rasul dan Nabi
Allah swt telah menyebabkan baginda dipukul, disumpah dan dipenjarakan. Baginda
telah meringkuk dalam penjara bawah tanah. Kemudian baginda dipenjarakan pula ke
dalam tangki bawah tanah(cistern) dimana baginda dibiarkan tenggelam di dalam
lumpur. Namun, baginda diselamatkan oleh seseorang berbangsa Cushite daripada terus
tenggelam ke dalam lumpur. Baginda tetap dipenjarakan sehingga Nabuchadnezzar
membebaskannya dan dilayan dengan baik. Akibat sering diseksa, dihina dan dipenjara,
Nabi Jeremiyyah as dikenali „Nabi yang merantap.. Ramalan Nabi Jeremiyyah as yang
didustakan Bani Israil telah menjadi kenyataan apabila Kerajaan Judah musnah dibinasa
oleh Kerajaan Babylon yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Nabuchadnezzar.

Apabila penduduk Judah mula menyembah berhala secara terang-
terangan, bangkit seorang nabi di kalangan mereka. Beliau adalah Nabi Zakaria as. Nabi
Zakaria as terpaksa meninggikan suara bagi menentang perbuatan mungkar mereka dan
menyeru mereka kembali kepada ajaran Musa as. Diriwayatkan, Nabi Zakaria as telah
melaungkan kata-kata amaran,

“Tuhanmu berfirman, mengapa kamu melanggar perintah Tuhammu yang menyebabkan
kamu tidak beruntung? Oleh sebab kamu telah meninggalkan Tuhanmu maka Dia juga telah
meninggalkan kamu.”

 Kata-kata dan amaran keras Nabi Zakaria as langsung tidak didengar oleh bani Israil
bahkan mereka merancang untuk membunuh Nabi Zakaria as. Nabi Zakaria as akhirnya
meninggal dunia selepas badannya digergaji sehingga terpisah tubuh dan kakinya.


Nasib Nabi Zakaria as turut berlaku kepada anak kandungnya, Nabi
Yahya as. Nabi Yahya as menentang keras perbuatan Raja Herod yang mahu
mengahwini anak tirinya sendiri, Herodias. Ada riwayat menyatakan Herodias adalah
adik kepada Raja Herod. Atas permintaan Herodias, kepala Nabi Yahya as telah
dipenggal dalam penjara dan dibawa dengan menggunakan pinggan untuk
mempersembahkan kepada Herodias. Dipercayai kepala Nabi Yahya dimakamkan di
sebuah kawasan di dalam Masjid Damsyik, Syria.

Selain daripada Rasul-Rasul yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi nama Rasul
yang diseksa dan dibunuh oleh Bani Israil laknatullah. Antaranya adalah Nabi Micah as yang
dibunuh oleh Raja Jehoram. Raja Jehoram adalah anak kepada Raja Ahab yang telah menyeksa
Nabi Ilyas as dan Nabi Makayah as. Selain daripada itu, Nabi Amos as turut diseksa oleh
seorang seorang paderi pagan berpengaruh, Amaziah.

Bergitulah cara Bani Israil melayan Rasul-Rasul yang telah diutuskan di kalangan
mereka. Ada yang diseksa dan ada pula yang terbunuh. Nabi Isa as turut hampir terbunuh di
tiang salib, namun Allah swt menukarkan wajah seseorang yang mirip wajah baginda.

Disebabkan keangkuhan dan kesalahan mereka membunuh dan menyeksa para Rasul,
Allah swt telah menghukum mereka. Ia telah dikhabar oleh Allah swt dalam surah Ali Imran ayat
112.

Mereka turut dilaknat Allah swt dalam al-Quran. Ia menunjukkan Bani Israil telah
dimurkai Allah swt yang mana pada mulanya dimuliakan Allah swt. Bani Israil sebenarnya
menerima penghinaan yang paling dashyat apabila tanggungjawab kekhalifahan jatuh kepada
bangsa saudara mereka, Bani Ismail. Rasul terakhir yang dianggap paling agung daripada
kesemua Rasul telah bangkit daripada bangsa ini. Rasul yang dikenali sebagai Nabi Muhammad
saw adalah Rasul yang kerap diramalkan oleh Nabi dan Rasul daripada keturunan Bani Israil
sendiri.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar